MASALAH TINGKAH LAKU/EMOSI | MASALAH ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER |
Definisi · Masalah tingkahlaku / gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran Ciri-ciri · Ketidakbolehan pelajar yang tidak dapat dijelaskan dengan menggunakan faktor-faktor intelek, sensori (deria) dan kesihatan. · Ketidakbolehan membina atau mengekalkan perhubungan dengan orang lain (“interpersonal relationships”) seperti dengan rakan sebaya, guru dan lain-lain. · Jenis tingkahlaku dan perasaan yang tidak kurang sesuai dalam keadaan yang normal. · Pada amnya, terdapat suasana yang kurang gembira atau penuh dengan kerisauan. · Sering menunjukkan gejala-gejala fizikal atau perasaan takut yang ada kaitan dengan masalah peribadi dan sekolah. | Definisi · Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanak-kanak Ciri-ciri · Hiperaktiviti · Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk · Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas · Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah “digerakkan oleh motor” · 2. Tempoh tumpuan yang singkat · Sering gagal memberi tumpuan yang teliti · untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti · Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah) · 3. Tingkah laku impulsif · Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan · Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran |
Thursday, 5 May 2011
Perbandingan tentang masalah tingkah laku emosi dan masalah ADHD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment