Thursday, 5 May 2011

Perbandingan Antara Guru Pendidikan Khas & Guru Biasa


Guru pendidikan khas
Guru biasa

Bidang tugas
Mengajar kanak-kank berkeperluan khas
Mengikut masalah yang dihadapi oleh pelajar
Kaedah pengajaran berlainan dengan pelajar normal
Menggunakan terapi untuk membantu kanak-kanak khas
Mengajar kanak-kanak menguruskan diri dan berdikari.

Ciri kanak-kanak yang diajar
Disleksia
Autism
Terencat akal.
Down syndrome
Palsi selebral
Hyperactive

Jumlah pelajar
 Jumlah pelajar di kelas terhad. Dalam lingkungan 3 hingga 5 orang

Rancangan pengajaran
Membuat rancangan pengajaran individu.


Bidang tugas
Mengajar kanak-kanak normal
Mengikut sukatan pelajaran yang diberikan
Kaedah pengajaran memerlukan kaedah pengajaran yang mengikut tahap dan peringkat.
Menggunakan kaedah seperti bahan bantu mengajar untuk sesi pNP

Ciri kanak-kanak yang diajar
Pelajar yang normal fikirannya dan mampu melakukan aktiviti rutin

Jumlah pelajar
Jumlah pelajar mengikut piawai yang telah ditetapkan antara 20 hingga 40 orang.

Rancangan pengajaran
Membuat rancangan pengajaran harian

Perbezaan antara Palsi serebral & Masalah Pembelajaran Spesifik


Palsi serebral

Masalah pembelajaran spesifik

Definisi
·         Definisi Kanak-kanak Palsi Serebral CP adalah kecacatan anggota disebabkan oleh cacat hubungan saraf di antara bahagian otak dengan bahagian badan semas dilahirkan atau pada awal usia. Cerebral – berkaitan dengan otak
Palsy – tidak dapat mengawal otot-otot dengan sepenuhnya - kelumpuhan anggota bahagian tangan,kaki, leher, tulang belakang atau pinggul

Ciri-ciri
·         tidak dapat mencapai objek yang ditunjukkan
·         Tidak berupaya mengangkat badan
·         Tidak berupaya memegang objek
·         Tidak berupaya mengurus diri
Punca- punca
  • Deprivisi Oksigen
  • Kelahiran Secara Songsang
  • Kaedah kelahiran yang digunakan. Contohnya, kaedah ‘forsep’
  • Bayi Pra-Matang
  • Kurang Berat Badan


Definisi
·         Masalah pembelajaran spesifik ialah pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus sesuai untuk memenuhi keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas, iaitu individu yang mengalami pelbagai kecacatan             atau kurang upaya atau yang pintar cerdas (gifted)



Ciri-ciri
·          Pelajar tersebut baik dari segi fizikal
·         Tidak dapat menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis pada tahap kanak-kanak normal.
·         Dari segi fizikal mereka kelihatan sama seperti kanak-kanak lain.
·         Mempunyai keupayaan intelek dan IQ yang rendah.
Punca-punca
·         Kecederaaan otak
·         Masalah genetic
·         Ketidakseimbangan biokimia
·         Persekitaran


Perbandingan tentang masalah tingkah laku emosi dan masalah ADHD

MASALAH TINGKAH LAKU/EMOSI
MASALAH ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER

Definisi
·         Masalah tingkahlaku / gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran

Ciri-ciri
·         Ketidakbolehan pelajar yang tidak dapat dijelaskan dengan menggunakan faktor-faktor intelek, sensori (deria) dan kesihatan.
·          Ketidakbolehan membina atau mengekalkan perhubungan dengan orang lain (“interpersonal relationships”) seperti dengan rakan sebaya, guru dan lain-lain.
·         Jenis tingkahlaku dan perasaan yang tidak kurang sesuai dalam keadaan yang normal.
·          Pada amnya, terdapat suasana yang kurang gembira atau penuh dengan kerisauan.
·         Sering menunjukkan gejala-gejala fizikal atau perasaan takut yang ada kaitan dengan masalah peribadi dan sekolah.
Definisi
·         Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanak-kanak


Ciri-ciri
·          Hiperaktiviti 
·         Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk
·         Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas
·         Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah “digerakkan oleh motor”
·         2. Tempoh tumpuan yang singkat
·         Sering gagal memberi tumpuan yang teliti
·         untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti
·         Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah)
·         3. Tingkah laku impulsif 
·         Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan
·         Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran


Sejarah perkembangan pendidikan khas di luar Negara dan Malaysia


Bermula era tahun 1900, nasib golongan istimewa mula diperjuangkan oleh tokoh-tokoh Pendidikan Khas yang terpelajar. Mereka telah mengubah persepsi masyarakat di luar negara yang memandang serong kepada golongan istimewa ini kepada perasaan belas dan kasihan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang timbul seperti masalah pengistilahan dan pentakrifan yang mengakibatkan kekeliruan. Masalah ini menyebabkan  penafian hak penempatan kanak-kanak atau golongan istimewa tersebut di sekolah-sekolah awam. Akibat daripada masalah ini, berlakulah kes saman menyaman yang tidak membawa kepada kesudahan.
            Secara keseluruhan pendidikan khas di luar negara bermula pada tahun 1900-an. Pendidikan Khas bermula sejak awal tahun 1920-an dalam kalangan sukarelawan yang berusaha untuk membantu murid-murid bermasalah dengan membuka sekolah pendidikan khas. Di Amerika Syarikat program pendidikan khas mula dilaksanakan apabila United States Congres yang diadakan pada tahun 1975 telah membentangkan satu usul yang menekankan supaya pendidikan untuk kanak-kanak bekeperluan khas diberi perhatian. Hal ini merupakan satu tindak balas dari diskriminasi layanan masyarakat, sekolah serta agensi awam terhadap keperluan pelajaran kanak-kanak berkeperluan khas ini. Berdasarkan usul tersebut lahirlah Undang-Undang Awam (Public Law) 94-142. Melalui undang-undang ini nasib golongan istimewa ini lebih terbela dan terjamin.
Seterusnya, pendidikan khas di negara Jepun pula secara rasminya bermula pada tahun 1975 apabila satu akta untuk kanak-kanak berkeperluan khas diwartakan pada tahun tersebut. Warta tersebut menekankan pendidikan untuk kanak-kanak bermasalah sensori pendengaran dan penglihatan.
            Bagi setiap Negara, terdapat istilah khusus bagi merujuk kepada pendidikan khas. Antaranya adalah negara Amerika Syarikat menggunakan istilah Mainstreaming and Least Restricted Enviorment manakala di Australia dan New Zedand menggunakan istilah integrasi. Di Jepun pula istilah special class digunakan sebagai merujuk kelas khas. Britain pula menggunakan istilah Normalisation dan di Malaysia, kerajaan menggunakan istilah Malaysia Inclusive Education bagi menjalankan program inklusif. 
            Pendidikan Khas secara sistematik di Malaysia bermula agak lewat berbanding dengan masyarakat di luar negara. Hal ini mungkin kerana kurangnya pendedahan atau tidak ada satu perlembagaan seperti  Undang-Undang Awam (Public Law) 94-142 yang lebih tersusun membela masyarakat istimewa ini. Walaubagaimanapun sejarah mencatat bahawa perkembangan pendidikan khas di negara ini bermula sejak tahun tahun 1920an dalam kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Sebagai contoh untuk masalah penglihatan, sukarelawan-sukarelawan telah membuka  Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka pada tahun 1926 dan untuk masalah pendengaran pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam di Pulau Pinang dan pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah) di Tanjong Bungah, Pulau Pinang pada tahun 1954.
Namun titik tolak kepada perkembangan pendidikan khas di Malaysia  bermula apabila  Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 telah membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut,
"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.”
Pernyataan ini telah menjamin pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia. Pendidikan ini akan diteruskan bermula daripada program intevensi awal sehingga mereka berjaya sebagai seorang individu yang berguna dan dapat melangsungkan kehidupan dengan berdikari .Melalui kajian ini program pendidikan khas di Malaysia adalah sama seperti negara-negara lain.  Antara pelaksanaan yang dijalankan adalah Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, program integrasi bagi murd-murid bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Selain itu, banyak badan-badan bukan kerajaan yang bersedia membantu menyediakan pendidikan untuk mereka. 
Justeru, dapat disimpulkan bahawa Pendidikan Khas telah diperjuangkan di negara-negara luar seperti di Amerika Syarikat, New Zealand, Australia dan Jepun. Dalam memeperjuangkan pendidikan khas, mereka menggunakan  Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya, Individual with Disabilities Education Act, Public Law 94-142. Public Law ini turut digunakan di Malaysia dan memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan khas.  Dalam masa 25 tahun, sejak Public Law diperkenalkan, perkembangan yang ketara berlaku dalam setiap negara dalam menyediakan program yang berkesan untuk intervensi awal dalam membantu mereka yang memerlukan. 
Tuntasnya, meskipun perkembangan pendidikan khas di Malaysia bermula agak lambat berbanding negara-negara lain, namun dengan adanya pendedahan dan maklumat mengenai program yang dijalankan di setiap negara, kita dapat membuat rujukan dan penilaian sejauh mana kepentingan pendidikan khas di negara kita bagi membantu mereka yang kurang upaya. Malah, dengan tergubalnya Public Law dan IDEA yang membantu setiap negara dalam membentuk program pendidikan khas, nasib mereka yang bekeperluan khas terjamin dalam menikmati pendidikan dan kehidupan yang sempurna seperti masyarakat umum.

Perbezaan antara Handicap, Disability dan Impairment.

Bandingbeza antara Handicap, Disability dan Impairment. 

Handicap ( Ketidakupayaan fizikal) 

Keistimewaan yang wujud  pada individu tertentu

  • Berpunca dari impairment dan disability
  • Menyekat @ menghalang individu memenuhi sesuatu perkara yang dianggap biasa bagi individu normal
  • Bergantung kepada faktor usia/ jantina/sosial dan budaya
  • Kekurangan anggota seperti tangan, kaki, jari.
Disability ( tidak upaya)
Berkaitan kekurangan atau keterbatasan dalam  melakukan aktiviti yang biasa dilakukan oleh orang lain.

  • Berpunca dari impairment
  • Bermasalah dari segi motor halus atau kasar.


Impairment (kurang upaya)

Ketidaknormalan dari aspek :

 
  • Psikologi
  • Fisiologi
  • Anatomi
 
Berkaitan ketidaknormalan struktur @ fungsi tuna pendengaran @ tuna penglihatan